Penulis: Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Jumlah halaman : 124
Tahun terbitan : 2011
ISBN: 978-983-43018-3-5
Penerbit: Kementerian Pelajaran MalaysiaPengurus penerbitan dan pengedaran: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Buku ini wajib dibaca oleh semua wara pendidik khususnya ahli MPSMJ dan boleh dimuaturun dengan klik gambar buku di sebelah.
ULASAN BUKU :
Sumber : Blog Azman2020.blogspot.com
Haluan Kerja Pendidikan mengandungi idea inovatif Dato’ Abd. Ghafar bin Mahmod sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk menjana dan menggembleng semua resos professional pendidikan khususnya golongan pendidik, bagi menjulang idea besar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan impian Wawasan 2020 serta agenda operasional 1Malaysia. Tulisan beliau turut mempamerkan kepada masyarakat bahawa penyumbang terbesar dan terbaik kepada agenda transformasi negara ialah kaum pendidik dan jentera pendidikan kebangsaan.
Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.
Bab 1 disajikan dengan 3 hala tuju pendidikan 2010-2012 berdasarkan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu merealisasikan matlamat asas pendidikan membentuk sahsiah insan, merealisasikan hasrat membentuk modal insane dan merealisasikan asirasi 1Malaysia di samping ingatan beliau terhadap golongan pendidik tentang cabaran daya saing dalam menjana modal insan, membantu Negara dalam ekonomi berpendapatan tinggi dan menjamin soal kelestarian jati diri bangsa Malaysia.
Bab ke-2, beliau menggarap misi jentera pendidikan di segenap peringkat – KPM, IAB, IPG, JPN, PPD, sekolah dan lain-lain untuk merealisasikan falsafah “1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebagai hala tuju dan perancangan baharu kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020.
Dalam bab 3 belau menggariskan 4 karaktor pendidik untuk menjuarai perubahan – peka persekitaran yang berubah, tidak puas dengan tahap pencapaian dan keberhasilan, karaktor paradigm breaker, peneroka penyelesaian baharu terhadap isu-isu yang mendatangkan kekusutan pekerjaan dan profesyen dan sentiasa menjadi juara perubahan iaitu sentiasa belajar, berusaha menguasai pengetahuan, mengintai peluang, menyediakan diri mahami dan mencerna idea baru. Sehubungan itu beliau telah membentangkan Prinsip Kerja X-PLUS :
“Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP dan ETP: memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence), berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip kerja X-PLUS.” (Muka surat 43.)
Beliau seterusnya mengajak kaum guru merealisasikan gagasan 1Malaysia menerusi GTP, kepimpinan berwawasan, mengupayakan modal insan, membudayakan inovasi, dan mencegah sindrom kompetensi terbiar. Jelas dalam buku ini Dato’ Abd Ghaffar mengajak dan merangsang daya juang golongan pendidik sebagai barisan depan menggalas tanggungjawab transformasi negara menerusi mekanisma pendidikan.
Dalam bab keempat beliau turut menggariskan 4 pendekatan untuk mengangkat profesionalisme kaum guru iaitu melalui watak profesional guru, professional guru mengajak murid berfikir, professional guru belajar sepanjang hayat dan ketua guru/pengetua dan guru besar yang berkelayakan dan terlatih.
Dato’ Abd. Ghafar menamatkan catatan gagasan pemikiran Haluan Kerja Pendidikan dengan ungkapan yang mengandungi pesanan yang cukup mendalam terhadap warga pendidik seperti di bawah :
“Sesungguhnya kerja besar menterjemahkan agenda besar transformasi negara ini bukan alang kepalang beratnya dan bukan calang-calang orang mampu menyempurnakannya. Justeru kerja pendidikan ini melibatkan jutaan murid yang berlainan paras rupa dan berbeza usia, jutaan ibu bapa yang berlainan cita rasa, ribuan cendekiawan yang bijak bermain bahasa dan ribuan orang yang pandai berkata-kata, maka guru, pengurus guru dan ketua guru hendaklah sentiasa menjaga air muka, mengawal amarah rasa, menyantunkan kata bicara, dan sentiasa bersabar dalam kerja usaha.” (hlm 124)
Kesimpulannya, buku ini amat menarik untuk dibaca oleh semua golongan guru dan kandungannya memerlukan kita berfikir aras tinggi dan penghayatan serta tindak ikut operasional di segenap peringkat berdasarkan kapasiti di mana kita berada untuk membantu kerajaan menjayakan aspirasi dan idea besar yang digariskan sebelum ini. Lebih menarik dalam buku ini menerusi prakatanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah memberi ulasan tentang buku ini iaitu :
“Inilah inti pati gagasan pemikiran dan tekad bekerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, yang dibentangkan dalam buku Haluan Kerja Pendidikan – Merealisasikan Agenda Transformasi Negara. Gagasan pemikiran bagi menyatukan tumpuan dan tujahan warga profesional Kementerian Pelajaran Malaysia supaya berupaya bangun sederap dan bergerak seiringan dengan agenda besar transformasi negara menerusi pembinaan tunas modal insan berpengetahuan aras tinggi, berpemikiran aras kreatif, berkemahiran aras inovatif, berjiwa patriotik dan bersahsiah mulia.”
Haluan Kerja Pendidikan - Kppm