Friday, September 21, 2012

PERSIDANGAN & MESYUARAT AGUNG MPSMJ KE-51


Semua pengetua sekolah menengah negeri Johor dijemput hadir.

Pendaftaran :

12.30 - 2.00 petang di Hotel New York Johor Bahru

Bahan-Bahan Persidangan Untuk Di Muat Turun :

1.  Teks Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Maulizan Bujang
2.  Teks Ucapan Perasmian Penutup oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
3.  Kertas kerja pembentangan 1 - Kajian tadbir urus kewangan sekolah
4.  Powerpoint pembentangan 1 - Kajian tadbir urus kewangan sekolah
5.  Powerpoint pembentangan 2 - Kreativiti dan Inovasi dalam Pengurusan Sekolah
5.  Penyata Mesyuarat Agung MPSM Kali Ke 51
6.  Ebook Buletin MPSM Johor Edisi 2012
7.  Ebook Jurnal Pendidikan Edisi 2012
8.  Ebook Jurnal kajian Tindakan Edisi 2012

Monday, September 17, 2012

PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN MESYUARAT AGUNG MPSM JOHOR KALI KE-51

Kepada semua ahli MPSM cawangan Johor,

Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Johor dan Mesyuarat Agung MPSM Cawangan Johor akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh         :  25-26 September 2012 (Selasa dan Rabu)
Tempat       :  Hotel New York Johor Baharu
Jadual         :  Sila muat turun
Pendaftaran : 25 September 2012 (12.00 tengahari)

Semua ahli dijemput hadir.  

Lampiran (muat turun) :

1. Surat jemputan menghadiri persidangan dan mesyuarat agung
2. Jadual Persidangan dan mesyuarat agung
3. Notis mesyuarat agung dan borang usul

Friday, June 15, 2012

Download Bahan Kolokium Pengetua Johor 2012



Ahli-ahli boleh memuaturun terus bahan-bahan
Kolokium Pengetua Sekolah Negeri Johor 2012 di bawah :

1. Ucap Utama Pengarah - Johor Leads
2. Ucap Utama Pengarah - Video 21st Century
3. Bunting Johor Leads
4. Pembentangan 1 - Kepimpinan Semarak Hati
5. Video Semarak Hati 1
6. Video Semarak Hati 2
7. Video Semarak Hati 3
8. Video Semarah hati 4
9. Video Semarak Hati 5
10. Pembentangan 2 - Amalan 5S MPC
11. Pembentangan 3 - Aplikasi 5S SMV T Puteri
12. Video Aplikasi 5S SMV T Puteri





Tuesday, June 12, 2012

KOLOKIUM PENGETUA SEKOLAH NEGERI JOHOR 2012

Kolokium berkenaan akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh  : 14 JUN 2012 (Khamis)
Masa   :  8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Auditorium Jabatan Pelajaran Johor

Semua pengetua negeri Johor adalah dijemput hadir. Pengetua
yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi yang lain hendaklah
diwakilkan. Terima kasih.

============================================================
ATURCARA/JADUAL
KOLOKIUM PENGETUA SEKOLAH NEGERI JOHOR 2012


Tarikh               :           14 / 06 / 2012  (Khamis)
Masa                :           8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat             :           Auditorium, Jabatan Pelajaran Johor


8.00  pagi         -   Ketibaan peserta, pendaftaran dan sarapan pagi

9.00  pagi         -   Ucapan Yang Dipertua MPSM Cawangan Johor
-   Ucapan dan Perasmian oleh
               Encik Mohd Nor bin A. Ghani
                            Pengarah Pelajaran Johor

10.30 pagi         -   Rehat

10.45 pagi         -   Pembentangan Slot 1:

   ”Kepimpinan Semarak Hati Pemangkin Agen Perubahan   
     Abad Ke-21”

    oleh Dr. Khadijah binti Daud  (Universiti Teknologi Malaysia)
                            Pn. Salleha binti Kahar  (Pengetua SMK Pasir Gudang)

12.45 tgh          -   Makan tengahari  dan rehat

2.30  petang -   Pembentangan Slot 2: 

   ”Mengurus Persekitaran Organisasi Melalui Pendekatan 5S”

    oleh Encik Mazuan Salih
    Perbadanan Produktiviti Malaysia (Cawangan Selatan)

3.30 petang       -   Pembentangan Slot 3: 

   ”Pelaksanaan 5S di Sekolah: Satu Perkongsian Amalan
    Terbaik”
                                               
    oleh Encik Zainuzzaman bin Mohd Salleh
    Pengetua SMV Tanjung Puteri, Johor Bahru

4.30 petang       -   Bersurai

Sunday, April 15, 2012

Sunday, April 8, 2012

Maklum Balas Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia

Semua ahli MPSM Johor dijemput memberikan idea, pandangan , input untuk menyediakan Memorandum Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia untuk disampaikan kepada Project Management Office (PMO) dalam Sesi Perbincangan dan Maklum Balas kajian semula Sistem Pendidikan yang akan menjadi salah satu slot dalam persidangan berkenaan.

Antara maklum balas yang yang diperlukan adalah berkaitan 9 bidang yang disenaraikan di bawah :
1. Guru : Kualiti dan Praktis
2. Kualiti Sekolah
3. Kepimpinan Sekolah
4. Kurikulum dan Pentaksiran
5. Peranan ibu bapa, komuniti dan swasta
6. Peluang pendidikan selepas menengah
7. Penguasaan pelbagai bahasa
8. Sistem penyampaian
9. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan sumber

Diharapkan ahli-ahli dapat mengambil peluang ini untuk menyampaikan pandangan dan
cadangan berkaitan isu-isu pendidikan sebagai input untuk Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 10 tahun akan datang.

Semua pandangan boleh dihantar dalam bentuk bertulis dan diemailkan kepada
En. Shamsudin Haron (Pen. Setiausaha Kehormat) di alamat shamsuddinharon@yahoo.com
sebelum 11/4/2012.

Sekian untuk makluman dan tindakan bersama.

AZMAN ADNAN
Setiausaha Kehormat
MPSM Johor

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Malaysia Ke-51


Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-51 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh          :  11 - 14 APRIL 2012
Masa           :   Pendaftaran 2.00 - 4.30 petang (11 APRIL 2012)
Tempat        :   Hotel Zenith, Kuantan Pahang
Perasmian    :   12 APRIL 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pernutup      :   14 APRIL 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Semua pengetua negeri Johor adalah dijemput hadir.  Tuan/puan boleh memuat turun dokumen
berikut untuk rujukan tuan/puan :

1.  Surat jemputan daripada Jabatan Pelajaran Johor (download 1 dan 2)
2.  Surat jemputan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (surat 1 dan surat 2)
3.  Jadual Atur Cara Persidangan (download)
4.  Jadual Pergerakan Bas (download)
5.  Borang Tuntutan Perjalanan (TNT) Persidangan (download)
6. Senarai peserta Johor Ke Persidangan dan pasangan bilik (download)

Sebarang pertanyaan berkaitan persidangan boleh dirujuk kepada En. Azman Adnan,
Setiausaha Kehormat MPSMJ di talian 019-7702900 atau menghubungi Yang Dipertua
MPSM daerah masing-masing.

Mesyuarat Penyelarasan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


Mesyuarat penyelarasan penggubalan dan penyerahan item peperiksaan peperiksaan pertengahan tahun 2012 telah diadakan pada 3 APRIL 2012 yang dihadiri oleh semua AJK MPSMJ dan YDP MPSM Daerah negeri Johor. Majlis Turut dihadiri oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sekolah boleh memuat turun  :

1. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3, 5 dan 6 [download]

Akhirnya Pelarasan Gaji SSM Terjawab........

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.


Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan. Prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54). Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Muat turun :


1. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2012 - Kenaikan Gaji Perkhidmatan Awam
    [download]

Slaid Kenaikan Gaji SSM (download)

Sunday, January 29, 2012

Selamat Bersara Hjh Zalaha

Hjh Zalaha bt Md Said, mantan YDP MPSM Segamat telah menamatkan perkhidmatan wajibnya pada 4 Januari 2012 yang lalu. MPSMJ yang diketuai oleh Tuan Haji Idris Ahmad telah membuat kunjungan hormat kepada Pn Hjh Zalaha yang juga Pengetua SMK Tinggi Segamat pada 2 Januari 2012 yang lalu di sekolah berkenaan.

MPSMJ merakamkan penghargaan terima kasih kepada beliau yang telah berkhidmat sebagai YDP MPSM Segamat dengan cemerlang.


Perjumpaan MPSMJ Bersama Pengarah Pelajaran Johor Bil 1/2012

Satu perjumpaan MPSM Cawangan Johor bersama En. Mohd Noor bin A Ghani, Pengarah Pelajaran Johor telah diadakan pada 19 Januari 2012, jam 3.00 petang di pejabat beliau dalam susana penuh kemesraan.

MPSM Johor diwakili oleh Tuan Haji Idris Ahmad (Yang Dipertua), Haji Shaharuddin Saari (Timb. YDP) dan En. Azman Adnan (Setiausaha Kehormat). Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan ialah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, KPP Penilaian dan Peperiksaaan dan Pen. Pengarah (Sains Kemasyarakatan) dan Pengerusi MGB Johor.

Dalam perjumpaan berkenaan MPSM telah memaklumkan perancangan program MPSM dalam usaha membantu JPN Johor meningkatkan kecemerlangan sekolah dan mengetengahkan beberapa isu berkaitan pengurusan sekolah untuk dibincangkan.

Berita-Berita Susulan Penangguhan SBPA


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelaksanaan SBPA telah ditangguhkan ekoran keputusan PM dan kabinet berkaitan dengannya untuk memberikan ruang kepada JPA dan Cuepacs serta kesatuan mengkaji semula kelemahan-kelemahan yang berkaitan.

MPSM Johor turut membuat analisis berkaitan SBPA ini khususnya berkaitan kepentingan golongan pendidik. Maklumat berkaitan dengannya telah pun dipanjangkan kepada MPSM Kebangsaan dan Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG)  untuk dipanjangkan dalam perbincangan/rundingan berkenaan penambahbaikan tersebut. Antara isu yang ditimbulkan oleh MPSM Johor ialah kesaksamaan kadar permindahan gaji dari SSM ke SBPA bagi gred DG54 ke bawah, isu guru yang telah mencapai gaji maksima, perbezaan gaji permulaan dan gaji maksima yang ketara bagi gred DG44, DG48, DG52 dan DG54 guru dibandingan dengan skim perkhidmatan lain, elaun, status laluan kenaikan pangkat termasuk kepada Guru Cemerlang (GC) dan lain-lain yang berkaitan dengan guru. Mudah-mudahan maklumat berkenaan dapat membantu proses penambahbaikan khususnya dalam perkhidmatan guru.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENANGGUHAN GAJI


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAJIB BERI TEMPOH 3 BULAN


Utusan Malaysia
Oleh HERMAN HAMID
22/1/2012

KUANTAN 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang boleh diibaratkan sebagai 'rumah siap, pahat berbunyi.'

"Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas kenaikannya terlalu tinggi, macam-macam saya dengar.

"Tak apalah, saya bagi tempoh tiga bulan kepada jawatankuasa ini kaji semula dan insya-Allah kita akan dapatkan hasil yang disifatkan sebaik-baiknya supaya kita dapat memberi kepuasan kepada semua," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam bersama Perdana Menteri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini hari ini.

Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu disertai kira-kira 7,000 kakitangan awam melibatkan pelbagai peringkat termasuk Pusat dan negeri.

Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan setelah Najib mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.

Sementara itu, dalam ucapannya juga, Najib sekali lagi mengingatkan penjawat awam bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir maka sebab itu pendekatan sekarang adalah secara merendah diri.

Katanya, malah beliau sendiri tidak boleh mendakwa bahawa kerajaan yang ada sudah cukup sempurna dan mana-mana kepincangan yang wujud perlu diperbetulkan dan ditambah baik.

"Kalau rakyat kata tak betul, kita lakukan penambahbaikan, kalau sudah laksanakan pun, kalau perlu kaji, kita kaji balik. Yang penting sekali, rakyat terbela sepenuhnya," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian subsidi secara langsung seperti menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat memberi impak besar kepada penerima yang cukup menghargainya.

Katanya, ini berbeza dengan pemberian subsidi tidak langsung seperti petrol, gas memasak dan barangan keperluan asas lain walaupun jumlahnya melibatkan peruntukan yang jauh lebih besar.

"Subsidi untuk keperluan asas ini bertambah setiap tahun dengan tahun ini sahaja kita sediakan RM22 bilion untuk membantu rakyat. Tetapi anehnya yang BR1M ini kita bagi RM500, dia punya impak lebih daripada RM22 bilion.

"Saya semalam di Wilayah Persekutuan, tengok penerima dapat RM500, cium tangan kita tahap lain macam. Rupanya impak tunai lain, ia berkait psikologi manusia. Bila dapat tunai, orang Kedah kata 'ketaq lutut.'

"Apa pun kita buat ini kerana rakyat perlukan bantuan kerajaan yang kita boleh berikan hasil daripada perancangan jangka panjang kita," ujarnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERBINCANGAN SEMAKAN GAJI BABITKAN KESATUAN SEKERJA, WAKIL KEMENTERIAN


Utusan Malaysia
20/1/2012

PUTRAJAYA 18 Jan. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan perbincangan pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan turut membabitkan kesatuan sekerja jabatan yang berkaitan selain wakil kementerian.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi membolehkan pasukan petugas mendapatkan penyelesaian terbaik berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.

''Kalau mahu semua terlibat, rasanya tidak mungkin untuk kita dapatkan wakil semua kementerian, agensi, badan berkanun dan kesatuan sekerja.

''Tetapi tidak dihadkan perbincangan bila ada menyentuh satu-satu skim perkhidmatan, maka harus dipanggil mereka yang terbabit seperti ketua setiausaha, ketua pengarah dan kesatuan sekerja yang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan ahli pasukan petugas itu di sini, hari ini.

Selain Tan Sri Ismail Adam yang dilantik sebagai pengerusi pasukan itu, sembilan ahli lain termasuk Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman turut menganggotai pasukan tersebut.

Pasukan itu ditubuhkan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas yang mahu SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Menurut Mohd. Sidek, biar pun cuba memenuhi pandangan semua pihak, namun kerajaan juga mempunyai kekangan-kekangan tertentu.

''Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah saya hargai," katanya.

Sementara itu, Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, berdasarkan pengalamannya, isu-isu yang dibangkitkan menjurus kepada tiga aspek iaitu pergerakan gaji, perkhidmatan dan individu (penjawat awam).

''Kalau ada ketiga-tiga isu itu kita akan bincang dengan teliti bersama-sama wakil skim perkhidmatan dan juga kesatuan yang berkenaan," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

WAKIL GURU MINTA DILIBATKAN DALAM PERBINCANGAN SBPA

Utusan Malaysia
15/01/2012 12:17am

SHAH ALAM 14 Jan. – Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) yang mewakili kira-kira 430,000 guru di seluruh negara meminta agar dilibatkan secara menyeluruh dalam perbincangan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Pengerusinya, Jemale Paiman berkata, skim itu banyak memberi kesan kepada guru terutama dalam kenaikan gaji dan laluan kerjaya.

Skim itu juga dilihat turut meminggirkan guru senior dalam perjawatan dan tidak mementingkan faktor pengalaman dan kemahiran dalam bidang tugas serta tanggungjawab mereka, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mesyuarat mengenai SBPA bagi perkhidmatan pendidikan bersama presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin dari 26 kesatuan dan persatuan guru Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu MPKPG turut menyerahkan memorandum kepada Omar berhubung cadangan penambahbaikan pelaksanaan SBPA bagi perkhidmatan pendidikan. – BERNAMA

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli MPSM kaum Cina.

Selamat Tahun Baru 2012