Saturday, January 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA



MPSMJ mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli MPSMJ, guru-guru dan pelajar-pelajar dari kaum Cina. Semoga perayaan kali ini akan dapat diraikan dengan penuh kemeriahan bersama keluarga, sahabat handai dan rakan taulan di samping merapatkan lagi silaturrahim di kalangan pelbagai kaum di negara kita.

Daripada,

Yang Dipertua dan ahli jawatankuasa MPSM Johor
30/1/2011

Saturday, January 22, 2011

Pelancaran B-GUN



Tidak pernah persoal kesetiaan guru - Ucapan TPM Dalam Pelancaran B-GUN

PAGOH 22 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan golongan guru kepada negara.

Katanya, sebagai pemimpin di peringkat sekolah, mereka perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

"Kita tidak akan mempersoalkan kesetiaan guru-guru. Selain setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan terutama kepada kerajaan sedia ada.

"Sebabnya guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi dan menjadi pemimpin dalam masyarakat. Maka, kita mahu supaya sikap untuk bersama dengan kerajaan selalu ada," katanya semasa merasmikan Program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat negeri di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran.

B-GUN merupakan program bersepadu yang dirancang bagi mengangkat martabat guru untuk membangkitkan profesionalisme, jati diri dan peranan guru bagi merealisasikan aspirasi kerajaan.

Ia juga program bersepadu yang terancang bagi mengangkat martabat guru sebagai pengamal pembelajaran berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam menjayakan bidang pendidikan, guru mesti sentiasa bertanggungjawab memastikan semua perancangan dalam NKRA berkenaan berjaya dicapai.

Beliau memberitahu, kanak-kanak yang berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi (linus) pada tahun lalu bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

"Usaha kerajaan sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Walaupun baru setahun ia dilaksanakan tetapi berjaya mencatatkan kejayaan hampir mencapai 100 peratus," katanya.

Menurutnya, meskipun pada peringkat awal pelaksanaan berlaku sedikit masalah di kalangan guru dan ibu bapa, namun ia tetap dapat dilaksanakan dan menampakkan hasil yang amat baik.

"Pada peringkat awal pelaksanaan program linus, ramai ibu bapa yang tidak memahami program ini dan risau. Tetapi, sekarang kita menerima maklum balas yang baik dengan ada yang mengatakan anak-anak mereka sudah pandai membaca," katanya.





Monday, January 10, 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

Soal Selidik Penilaian Kompetensi Menggantikan PTK


Kepada semua penjawat awam termasuk pengetua/guru yang berminat untuk memberikan pandangan berkaitan penilaian kompetensi kepada penjawat awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah dimansuhkan boleh melengkapkan borang selidik dalam portal jabatan Perkhidmatan Awam berikut. Sila klik di bawah :

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN KOMPETENSI