Monday, December 5, 2011

APCeml 2011



MPSM telah menghantar 3 orang wakil - Haji Sharudin Saari, En. Azman Adnan dan Haji Nasuha Paiman ke  Asia Pacific Conference On Education management and Leadership 2011 (APCeml 2011) di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada 29/11/11 hingga 1/12/11 yang lalu. Persidangan yang dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama IAB berkenaan telah dihadiri oleh 250 peserta dari pelbagai negara.

MPSM Tidak Menyokong Program Rintis Pengajaran 9 Jam

MAJLIS Pengetua Sekolah Malaysia (MSPM) menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan Program Rintis Guru bermula tahun depan. 

Yang Dipertuanya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata pihaknya menyokong kenyataan itu kerana mendapati cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak sesuai. Beliau berkata, saranan JPA itu tidak wajar kerana ditambah keterbatasan kemudahan seperti tempat rehat, kantin, bilik darjah, padang dan dewan.


Selain itu, katanya, program itu bakal memberi masalah kepada sekolah yang beroperasi dua sesi dan bagi pelajar yang bersekolah agama khususnya di Johor. 


“Sewajarnya, tumpuan kini diberikan kepada pelaksanaan transformasi pendidikan termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 


“Justeru, MSPM meminta JPA supaya tidak mengganggu sistem sekolah dan perkhidmatan guru. Biarlah guru mengurus (tugas) guru, perkhidmatan pelajaran dan sistem sekolah ketika ini,” katanya dalam dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 


Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan Muhyiddin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak tahun depan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan guru. 


Selain itu, tindakan berkenaan dibuat kerana tidak mahu menambah beban sedia ada dan ia sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah. 


Sebelum ini, projek rintis yang dianggarkan membabitkan hampir 5,000 guru sekolah menengah dan rendah itu turut mendapat bantahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). 


Dua kesatuan guru itu mahu Kementerian Pelajaran menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad. 


Arahan itu perlu ada jika kementerian mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru, mulai tahun depan dilaksanakan.  Sambil menjelaskan pihaknya menerima maklum balas menyatakan program itu dilihat tidak membawa sebarang manfaat kepada guru, Presiden NUTP, Hashim Adnan berharap kementerian mengurangkan tempoh percubaan program dua bulan berbanding enam. 


Sumber : Berita Harian 29/11/2011

Bahan Taklimat Persediaan Awal Persekolah 2012

2 bahan taklimat berkenaan boleh dimuaturun melalui alamat di bawah. 


Bahan taklimat berkenaan boleh juga dimuaturun melalui Portal Rasmi JPNJ.

Thursday, November 3, 2011

Kenyataan MPSM Johor Berkaitan Isu PPSMI


KENYATAAN RASMI MPSM JOHOR
BERKAITAN ISU PIHAK TERTENTU YANG MAHU KERAJAAN
MEMBERI PILIHAN PPSMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN 
DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor membantah keras cadangan, pandangan dan tuntutan pihak-pihak tertentu  kebelakangan ini yang mahukan kerajaan melaksanakan semula atau memberi pilihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Ingeris (PPSMI)  di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

MPSM Cawangan Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor konsisten menyokong penuh keputusan kerajaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI secara soft landing berdasarkan pelbagai pandangan dan dapatan kajian menyeluruh berkaitan impak dan keberkesanan PPSMI sebelum ini. 
Kerajaan juga hendaklah sentiasa  tegas dan tekal dengan keputusan pemansuhan ini demi kebaikan pendidikan di Malaysia keseluruhannya dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu PPSMI ini kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Semua pihak seharusnya menerima keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini dan memberi kerjasama untuk menyokong tumpuan guru-guru terhadap meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris tanpa sebarang ganguan. Sebarang perubahan yang sentiasa berlaku terhadap pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini tanpa mengambil kira kepentingan jangka panjang hanya akan menyukarkan anak-anak didik di sekolah. Fenomena ini juga seolah-olah membelakangkan guru sebagai penjawat awam yang  menjadi pelaksana di peringkat operasional  malah membelakangkan  hak majoriti murid dan ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar semata-mata untuk memenuhi tuntutan segelintir golongan yang mahu pelaksanaannya dikekalkan.

MPSM Johor juga menyeru agar isu ini tidak terus dipolitikkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu  sahaja  termasuk desakan meminta kerajaan menyediakan opsyen di sekolah yang kesannya akan menjejaskan tumpuan murid, ibu bapa dan guru dalam meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid-murid di semua sekolah.

Sehubungan itu MPSM Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor  menyokong penuh usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui   pelaksanaan  dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan  Memperkukuhkan  Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai  ganti kepada PPSMI yang  diharapkan dapat memacu kualiti pendidikan di negara ini ke tahap lebih gemilang.

HAJI IDRIS BIN AHMAD
Yang Dipertua
MPSM Cawangan Johor
3 NOVEMBER 2011.

Selamat Bersara Tuan Haji Ayob Jantan

MPSMJ mengucapkan selamat bersara kepada mantan Yang Dipertua MPSM Johor, Tuan Haji Ayob bin Jantan yang telah bersara wajib mulai 30 OKTOBER 2011. Jawatankuasa MPSMJ diketuai oleh Tuan Haji Idris Ahmad telah membuat kunjungan hormat terhadap beliau pada 28 OKTOBER 2011 di SMK Seri Kenangan Segamat dan 3 orang wakil MPSMJ iaitu En. Azman Adnan, Haji Nsuha Paiman dan Haji Mohamad Mahadi menghadiri majlis meraikan persaraan beliau yang telah diadakan pada 31 OKTOBER 2011 di Dewan SMK Seri Kenangan Segamat.

Semoga beliau akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat terus memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Jawatankuasa MPSM Johor 2011-2013

BIL
JAWATAN
NAMA
1
Yang Dipertua
Haji Idris bin Ahmad
2
Naib Yang Dipertua
Haji Sharudin bin Saari
3
Setiausaha Kehormat
En. Azman bin Adnan
4
Pen. Setiausaha
Kehormat
En. Shamsuddin bin
Haron
5
Bendahari
Haji Nasuha bin Paiman
6
Ahli Jawatankuasa
Haji Mohamad bin
Mahadi
7
Ahli Jawatankuasa
Hjh Nor Ezah bt
Mohamad
8
Ahli Jawatankuasa
(Muar)
Hj Samian bin Sawiyo
9
Ahli Jawatankuasa
(Batu Pahat)
En. Abd Rashid bin
Sulaiman
10
Ahli Jawatankuasa
(Johor Bahru)
Pn. Sallina bt Hussain
11
Ahli Jawatankuasa
(Kulaijaya)
Haji Aminuddin bin Mohd Sani
12
Ahli Jawatankuasa
(Segamat)
Hjh Zalaha bt Md Said
13
Ahli Jawatankuasa
(Pontian)
En. Mastura Alladin
bin Masro
14
Ahli Jawatankuasa
(Kota Tinggi)
En. Md Din bin Husain
15
Ahli Jawatankuasa
(Mersing)
Hjh Azizah bt Abdullah
16
Ahli Jawatankuasa
(Pasir Gudang)
Hj Nasuha bin Paiman
17
Ahli Jawatankuasa
(Kluang)
Hj Rozali bin Jemali

Sunday, October 9, 2011

Tahniah YDP dan Exco Baru MPSMJ 2011-2013

MPSMJ mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Idris Ahmad kerana dipilih menerajui MPSM Cawangan Johor sebagai Yang Dipertua bagi penggal 2011-2013 dalam mesyuarat agung MPSMJ kali ke-50 yang telah diadakan pada 29 SEPT 2011 yang lalu sempena Persidangan Pengurusan Pendidikan PengetuaNegeri  Johor Kali ke 50 di Hotel New York Johor Baharu.

Turut dipilih ialah Tuan Haji Sharudin bin Saari sebagai Naib Yang Dipertua dan Haji Nasuha bin Paiman sebagai Bendahari.

Semoga barisan kepimpinan pada kali ini akan dapat mengemudi MPSM ke tahap cemerlang dan gemilang.

Terima kasih kepada Jawatankuasa MPSMJ 2009-2011

MPSMJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua MPSMJ Tuan Haji Ayob bin Jantan dan exco MPSMJ sesi 2009-2011 yang telah memberi sumbangan besar untuk seluruh ahli MPSMJ selama penggal perkhidmatan mereka dalam jawatankuasa ini.

Exco MPSMJ 2009-2011. Duduk dari kiri : Pn Sallina Hussain, Pn Hjh Azizah Md Zaki, Hj Idris Ahmad, Hj Ayob bin Jantan (Yang Dipertua), En. Azman Adnan, Hj Nasuha bin paiman, Hjh Zalaha Md Said
Berdiri dari kiri : En. Md Din Hussain, Hj Aminuddin Mohd Sani, Hj Samian Sawiyo, Hj Rozali Jemali, En Chua Chong Hoi, En. Mastura Aladin Masro, Hj Mohamad Mahadi dan En. Abd Rashid Sulaiman.
Tiada dalam gambar Haji Hassan bin Topit.

Majlis Persaraan Hjh Azizah Md Zaki

MPSMJ mengucapkan selamat bersara kepada hjh Azizah Md Zaki, Exco MPSMJ 2009-2011 yang juga Pengetua SMK Taman Daya.  Semoga sumbangan beliau sebagai pendidik selama lebih 3 dasawarsa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan Allah jua. 

Jawatankuasa MPSMJ diketuai oleh Yang Dipertuanya, Tuan Haji Idris Ahmad berpeluang hadir dalam majlis persaraan beliau pada Ahad, 9 OKTOBER 2011 di Sanggar Pelangi Johor Bahru.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, pengetua-pengetua, guru besar, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah Hjh Azizah pernah berkhidmat.



Tuesday, September 27, 2011

Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5

MPSMJ mengucapkan tahniah kepada 6 orang pengetua berikut kerana sekolah masing-masing telah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5 yang telah diadakan pada 27 SEPTEMBER 2011 di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya Selangor. Semoga mereka terus cemerlang dengan kebitaraan masing-masing dan diharapkan lebih ramai sekolah ahli-ahli kita yang dapat menerima anugerah berprestij ini.

1.  En. Azman bin Adnan   - SMK Bandar Putra, Kulaijaya
2.  Haji Hassan bin Topit   - SM Sains Kota Tinggi
3.  Hjh. Remy Kardi         -  SMK (P) Temenggung Ibrahim Batu pahat
4.  Haji Abu Osman          - SM Sains  Iskandar Mersing
5.  Haji Sulaiman               - SMK Mohd Khalid Johor Baharu
6.  En. Omar Salleh           - SM Mahaad Muar

Tuesday, September 20, 2011

PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA 2011

                                                                       
                                                                         ATURCARA
                                             PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
                              PENGETUA SEKOLAH  MALAYSIA  NEGERI JOHOR TAHUN 2011
                              
27/9/2011 (SELASA)

 1.00 ptg.               -               Pendaftaran peserta di Hotel New York, Johor Bahru

 2.30 ptg                -               Majlis Profesionalisme Pengetua

 3.30 ptg               -                 Pembentangan Kertas Kerja 1 :              
                                                 Perkongsian Pengalaman  Ke Arah Sekolah Kecemerlangan
 dan  Sekolah Berprestasi Tinggi
                                                 Oleh Hajah Junaidi binti  Santano
                                                  Pengetua Cemerlang, Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

8.00  mlm              -              Majlis Perasmian :
 Oleh YB. Dr. Haji Mohd Puad bin Haji Zarkashi
                                                                 Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
               
                 28/9/2011 (RABU)

                  8.00 pagi             -            Pembentangan Kertas Kerja 2 :
Penilaian Kompetensi
Oleh En. Mohd Najib bin Mohd Ali
Ketua Penolong Setiausaha Unit Penilaian
Bahagian Pembangunan Kompetensi Pendidikan, KPM
10.00 pagi             -               Kudapan

 10.30 pagi            -               Pembentangan Kertas Kerja 3 :
                                                Mental Illness Awareness
                                                Oleh Dr. Hj. Abdul  Kadir bin Abu Bakar
                                                Pengarah Hospital Permai, Johor Bahru

12.30 thari             -               Makan tengah hari

  2.30 ptg.              -               Forum Pendidikan “Kepimpinan Pengetua Sebagai Penjana
                                                                Transformasi Pendidikan Negara”
                                                Ahli Panel :
1.       Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin bin Hj. Ninggal
 Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
 Universiti Teknologi
Malaysia                                              
2.     Y. Bhg. Datuk Isa bin Abu
                                                        Mantan Pengarah Bahagian Sekolah Harian, KPM
                                                3.     En. Md. Hasidin bin  Hj. Zaini
                                                        Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
                                                4.     Moderator – Tuan Hj. Hassan bin Topit

  8.00 mlm.            -               Majlis Jamuan – Setitis Keringat Seharum Kenangan


29/9/2011 (KHAMIS)


  8.00  pagi            -               Pembentangan Kertas Kerja 4 :
                                                Leadership : Coaching   And  Mentoring
                                                Oleh Dr. Hj. Ahmad Rafee bin Che Kassim
                                                Ketua  Pusat Teknologi Pendidikan,
                                                Institut  Aminudin Baki, Genting Highland

9.30  pagi              -               Mesyuarat Agung MPSM Johor kali ke-50 tahun 2011

11.00 pagi             -               Kudapan

11.30  pagi            -               Majlis Penutup:
                                                Oleh En. Mohd  Nor bin A. Ghani
                                                Pengarah Pelajaran Johor

  1.30  ptg.             -               Makan tengahari dan bersurai

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Yang Dipertua dan Barisan Exco MPSM Cawangan Johor mengucapkan selamat menyambut
hari raya aidil fitri kepada semua ahli MPSM Johor. Semoga kehadiran syawal pada tahun ini
akan sentiasa membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita semua, terima kasih.

1 Syawal 1432H



Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan


MPSMJ mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua ahli MPSMJ yang beragama Islam. Semoga kehadiran Ramadhan pada kali ini akan membawa keberkatan dan kebahagian buat kita semua.
Renungan : Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.
Download buku-buku untuk bacaan dan link berkaitan  :
1. Buku Panduan Solat Tarawih

Tahniah Tuan Haji Sufaat bin Tumin - TKPPM

MPSMJ mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Lembaga Peperiksaan yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) mulai 1 OGOS 2011. Semoga beliau terus cemerlang memimpin guru-guru di Malaysia.