Hjh Zalaha bt Md Said, mantan YDP MPSM Segamat telah menamatkan perkhidmatan wajibnya pada 4 Januari 2012 yang lalu. MPSMJ yang diketuai oleh Tuan Haji Idris Ahmad telah membuat kunjungan hormat kepada Pn Hjh Zalaha yang juga Pengetua SMK Tinggi Segamat pada 2 Januari 2012 yang lalu di sekolah berkenaan.
MPSMJ merakamkan penghargaan terima kasih kepada beliau yang telah berkhidmat sebagai YDP MPSM Segamat dengan cemerlang.
Sunday, January 29, 2012
Perjumpaan MPSMJ Bersama Pengarah Pelajaran Johor Bil 1/2012
Satu perjumpaan MPSM Cawangan Johor bersama En. Mohd Noor bin A Ghani, Pengarah Pelajaran Johor telah diadakan pada 19 Januari 2012, jam 3.00 petang di pejabat beliau dalam susana penuh kemesraan.
MPSM Johor diwakili oleh Tuan Haji Idris Ahmad (Yang Dipertua), Haji Shaharuddin Saari (Timb. YDP) dan En. Azman Adnan (Setiausaha Kehormat). Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan ialah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, KPP Penilaian dan Peperiksaaan dan Pen. Pengarah (Sains Kemasyarakatan) dan Pengerusi MGB Johor.
Dalam perjumpaan berkenaan MPSM telah memaklumkan perancangan program MPSM dalam usaha membantu JPN Johor meningkatkan kecemerlangan sekolah dan mengetengahkan beberapa isu berkaitan pengurusan sekolah untuk dibincangkan.
MPSM Johor diwakili oleh Tuan Haji Idris Ahmad (Yang Dipertua), Haji Shaharuddin Saari (Timb. YDP) dan En. Azman Adnan (Setiausaha Kehormat). Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan ialah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, KPP Penilaian dan Peperiksaaan dan Pen. Pengarah (Sains Kemasyarakatan) dan Pengerusi MGB Johor.
Dalam perjumpaan berkenaan MPSM telah memaklumkan perancangan program MPSM dalam usaha membantu JPN Johor meningkatkan kecemerlangan sekolah dan mengetengahkan beberapa isu berkaitan pengurusan sekolah untuk dibincangkan.
Berita-Berita Susulan Penangguhan SBPA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelaksanaan SBPA telah ditangguhkan ekoran keputusan PM dan kabinet berkaitan dengannya untuk memberikan ruang kepada JPA dan Cuepacs serta kesatuan mengkaji semula kelemahan-kelemahan yang berkaitan.
MPSM Johor turut membuat analisis berkaitan SBPA ini khususnya berkaitan kepentingan golongan pendidik. Maklumat berkaitan dengannya telah pun dipanjangkan kepada MPSM Kebangsaan dan Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) untuk dipanjangkan dalam perbincangan/rundingan berkenaan penambahbaikan tersebut. Antara isu yang ditimbulkan oleh MPSM Johor ialah kesaksamaan kadar permindahan gaji dari SSM ke SBPA bagi gred DG54 ke bawah, isu guru yang telah mencapai gaji maksima, perbezaan gaji permulaan dan gaji maksima yang ketara bagi gred DG44, DG48, DG52 dan DG54 guru dibandingan dengan skim perkhidmatan lain, elaun, status laluan kenaikan pangkat termasuk kepada Guru Cemerlang (GC) dan lain-lain yang berkaitan dengan guru. Mudah-mudahan maklumat berkenaan dapat membantu proses penambahbaikan khususnya dalam perkhidmatan guru.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENANGGUHAN GAJI
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia
Oleh HERMAN HAMID
22/1/2012
KUANTAN 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.
Menurut Perdana Menteri, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang boleh diibaratkan sebagai 'rumah siap, pahat berbunyi.'
"Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas kenaikannya terlalu tinggi, macam-macam saya dengar.
"Tak apalah, saya bagi tempoh tiga bulan kepada jawatankuasa ini kaji semula dan insya-Allah kita akan dapatkan hasil yang disifatkan sebaik-baiknya supaya kita dapat memberi kepuasan kepada semua," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam bersama Perdana Menteri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini hari ini.
Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu disertai kira-kira 7,000 kakitangan awam melibatkan pelbagai peringkat termasuk Pusat dan negeri.
Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan setelah Najib mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.
Sementara itu, dalam ucapannya juga, Najib sekali lagi mengingatkan penjawat awam bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir maka sebab itu pendekatan sekarang adalah secara merendah diri.
Katanya, malah beliau sendiri tidak boleh mendakwa bahawa kerajaan yang ada sudah cukup sempurna dan mana-mana kepincangan yang wujud perlu diperbetulkan dan ditambah baik.
"Kalau rakyat kata tak betul, kita lakukan penambahbaikan, kalau sudah laksanakan pun, kalau perlu kaji, kita kaji balik. Yang penting sekali, rakyat terbela sepenuhnya," jelasnya.
Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian subsidi secara langsung seperti menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat memberi impak besar kepada penerima yang cukup menghargainya.
Katanya, ini berbeza dengan pemberian subsidi tidak langsung seperti petrol, gas memasak dan barangan keperluan asas lain walaupun jumlahnya melibatkan peruntukan yang jauh lebih besar.
"Subsidi untuk keperluan asas ini bertambah setiap tahun dengan tahun ini sahaja kita sediakan RM22 bilion untuk membantu rakyat. Tetapi anehnya yang BR1M ini kita bagi RM500, dia punya impak lebih daripada RM22 bilion.
"Saya semalam di Wilayah Persekutuan, tengok penerima dapat RM500, cium tangan kita tahap lain macam. Rupanya impak tunai lain, ia berkait psikologi manusia. Bila dapat tunai, orang Kedah kata 'ketaq lutut.'
"Apa pun kita buat ini kerana rakyat perlukan bantuan kerajaan yang kita boleh berikan hasil daripada perancangan jangka panjang kita," ujarnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERBINCANGAN SEMAKAN GAJI BABITKAN KESATUAN SEKERJA, WAKIL KEMENTERIAN
Utusan Malaysia
20/1/2012
PUTRAJAYA 18 Jan. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan perbincangan pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan turut membabitkan kesatuan sekerja jabatan yang berkaitan selain wakil kementerian.
Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi membolehkan pasukan petugas mendapatkan penyelesaian terbaik berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
''Kalau mahu semua terlibat, rasanya tidak mungkin untuk kita dapatkan wakil semua kementerian, agensi, badan berkanun dan kesatuan sekerja.
''Tetapi tidak dihadkan perbincangan bila ada menyentuh satu-satu skim perkhidmatan, maka harus dipanggil mereka yang terbabit seperti ketua setiausaha, ketua pengarah dan kesatuan sekerja yang terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan ahli pasukan petugas itu di sini, hari ini.
Selain Tan Sri Ismail Adam yang dilantik sebagai pengerusi pasukan itu, sembilan ahli lain termasuk Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman turut menganggotai pasukan tersebut.
Pasukan itu ditubuhkan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas yang mahu SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.
Menurut Mohd. Sidek, biar pun cuba memenuhi pandangan semua pihak, namun kerajaan juga mempunyai kekangan-kekangan tertentu.
''Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah saya hargai," katanya.
Sementara itu, Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, berdasarkan pengalamannya, isu-isu yang dibangkitkan menjurus kepada tiga aspek iaitu pergerakan gaji, perkhidmatan dan individu (penjawat awam).
''Kalau ada ketiga-tiga isu itu kita akan bincang dengan teliti bersama-sama wakil skim perkhidmatan dan juga kesatuan yang berkenaan," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
WAKIL GURU MINTA DILIBATKAN DALAM PERBINCANGAN SBPA
Utusan Malaysia
15/01/2012 12:17am
SHAH ALAM 14 Jan. – Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) yang mewakili kira-kira 430,000 guru di seluruh negara meminta agar dilibatkan secara menyeluruh dalam perbincangan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Pengerusinya, Jemale Paiman berkata, skim itu banyak memberi kesan kepada guru terutama dalam kenaikan gaji dan laluan kerjaya.
Skim itu juga dilihat turut meminggirkan guru senior dalam perjawatan dan tidak mementingkan faktor pengalaman dan kemahiran dalam bidang tugas serta tanggungjawab mereka, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mesyuarat mengenai SBPA bagi perkhidmatan pendidikan bersama presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri pemimpin dari 26 kesatuan dan persatuan guru Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu MPKPG turut menyerahkan memorandum kepada Omar berhubung cadangan penambahbaikan pelaksanaan SBPA bagi perkhidmatan pendidikan. – BERNAMA
Monday, December 5, 2011
APCeml 2011
MPSM telah menghantar 3 orang wakil - Haji Sharudin Saari, En. Azman Adnan dan Haji Nasuha Paiman ke Asia Pacific Conference On Education management and Leadership 2011 (APCeml 2011) di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada 29/11/11 hingga 1/12/11 yang lalu. Persidangan yang dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama IAB berkenaan telah dihadiri oleh 250 peserta dari pelbagai negara.
MPSM Tidak Menyokong Program Rintis Pengajaran 9 Jam
MAJLIS Pengetua Sekolah Malaysia (MSPM) menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan Program Rintis Guru bermula tahun depan.
Yang Dipertuanya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata pihaknya menyokong kenyataan itu kerana mendapati cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak sesuai. Beliau berkata, saranan JPA itu tidak wajar kerana ditambah keterbatasan kemudahan seperti tempat rehat, kantin, bilik darjah, padang dan dewan.Selain itu, katanya, program itu bakal memberi masalah kepada sekolah yang beroperasi dua sesi dan bagi pelajar yang bersekolah agama khususnya di Johor.
“Sewajarnya, tumpuan kini diberikan kepada pelaksanaan transformasi pendidikan termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
“Justeru, MSPM meminta JPA supaya tidak mengganggu sistem sekolah dan perkhidmatan guru. Biarlah guru mengurus (tugas) guru, perkhidmatan pelajaran dan sistem sekolah ketika ini,” katanya dalam dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan Muhyiddin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak tahun depan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan guru.
Selain itu, tindakan berkenaan dibuat kerana tidak mahu menambah beban sedia ada dan ia sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Sebelum ini, projek rintis yang dianggarkan membabitkan hampir 5,000 guru sekolah menengah dan rendah itu turut mendapat bantahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).
Dua kesatuan guru itu mahu Kementerian Pelajaran menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad.
Arahan itu perlu ada jika kementerian mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru, mulai tahun depan dilaksanakan. Sambil menjelaskan pihaknya menerima maklum balas menyatakan program itu dilihat tidak membawa sebarang manfaat kepada guru, Presiden NUTP, Hashim Adnan berharap kementerian mengurangkan tempoh percubaan program dua bulan berbanding enam.
Sumber : Berita Harian 29/11/2011
Bahan Taklimat Persediaan Awal Persekolah 2012
2 bahan taklimat berkenaan boleh dimuaturun melalui alamat di bawah.
Bahan taklimat berkenaan boleh juga dimuaturun melalui Portal Rasmi JPNJ.
Thursday, November 3, 2011
Kenyataan MPSM Johor Berkaitan Isu PPSMI
KENYATAAN RASMI MPSM JOHOR
BERKAITAN ISU PIHAK TERTENTU YANG MAHU KERAJAAN
MEMBERI PILIHAN PPSMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BERKAITAN ISU PIHAK TERTENTU YANG MAHU KERAJAAN
MEMBERI PILIHAN PPSMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN
DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor membantah keras cadangan, pandangan dan tuntutan pihak-pihak tertentu kebelakangan ini yang mahukan kerajaan melaksanakan semula atau memberi pilihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
MPSM Cawangan Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor konsisten menyokong penuh keputusan kerajaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI secara soft landing berdasarkan pelbagai pandangan dan dapatan kajian menyeluruh berkaitan impak dan keberkesanan PPSMI sebelum ini.
Kerajaan juga hendaklah sentiasa tegas dan tekal dengan keputusan pemansuhan ini demi kebaikan pendidikan di Malaysia keseluruhannya dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu PPSMI ini kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Semua pihak seharusnya menerima keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini dan memberi kerjasama untuk menyokong tumpuan guru-guru terhadap meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris tanpa sebarang ganguan. Sebarang perubahan yang sentiasa berlaku terhadap pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini tanpa mengambil kira kepentingan jangka panjang hanya akan menyukarkan anak-anak didik di sekolah. Fenomena ini juga seolah-olah membelakangkan guru sebagai penjawat awam yang menjadi pelaksana di peringkat operasional malah membelakangkan hak majoriti murid dan ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar semata-mata untuk memenuhi tuntutan segelintir golongan yang mahu pelaksanaannya dikekalkan.
MPSM Johor juga menyeru agar isu ini tidak terus dipolitikkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja termasuk desakan meminta kerajaan menyediakan opsyen di sekolah yang kesannya akan menjejaskan tumpuan murid, ibu bapa dan guru dalam meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid-murid di semua sekolah.
Sehubungan itu MPSM Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor menyokong penuh usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pelaksanaan dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai ganti kepada PPSMI yang diharapkan dapat memacu kualiti pendidikan di negara ini ke tahap lebih gemilang.
HAJI IDRIS BIN AHMAD
Yang Dipertua
MPSM Cawangan Johor
Yang Dipertua
MPSM Cawangan Johor
3 NOVEMBER 2011.
Selamat Bersara Tuan Haji Ayob Jantan
MPSMJ mengucapkan selamat bersara kepada mantan Yang Dipertua MPSM Johor, Tuan Haji Ayob bin Jantan yang telah bersara wajib mulai 30 OKTOBER 2011. Jawatankuasa MPSMJ diketuai oleh Tuan Haji Idris Ahmad telah membuat kunjungan hormat terhadap beliau pada 28 OKTOBER 2011 di SMK Seri Kenangan Segamat dan 3 orang wakil MPSMJ iaitu En. Azman Adnan, Haji Nsuha Paiman dan Haji Mohamad Mahadi menghadiri majlis meraikan persaraan beliau yang telah diadakan pada 31 OKTOBER 2011 di Dewan SMK Seri Kenangan Segamat.
Semoga beliau akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat terus memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Semoga beliau akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat terus memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Jawatankuasa MPSM Johor 2011-2013
BIL | JAWATAN | NAMA |
1 | Yang Dipertua | Haji Idris bin Ahmad |
2 | Naib Yang Dipertua | Haji Sharudin bin Saari |
3 | Setiausaha Kehormat | En. Azman bin Adnan |
4 | Pen. Setiausaha Kehormat | En. Shamsuddin bin Haron |
5 | Bendahari | Haji Nasuha bin Paiman |
6 | Ahli Jawatankuasa | Haji Mohamad bin Mahadi |
7 | Ahli Jawatankuasa | Hjh Nor Ezah bt Mohamad |
8 | Ahli Jawatankuasa (Muar) | Hj Samian bin Sawiyo |
9 | Ahli Jawatankuasa (Batu Pahat) | En. Abd Rashid bin Sulaiman |
10 | Ahli Jawatankuasa (Johor Bahru) | Pn. Sallina bt Hussain |
11 | Ahli Jawatankuasa (Kulaijaya) | Haji Aminuddin bin Mohd Sani |
12 | Ahli Jawatankuasa (Segamat) | Hjh Zalaha bt Md Said |
13 | Ahli Jawatankuasa (Pontian) | En. Mastura Alladin bin Masro |
14 | Ahli Jawatankuasa (Kota Tinggi) | En. Md Din bin Husain |
15 | Ahli Jawatankuasa (Mersing) | Hjh Azizah bt Abdullah |
16 | Ahli Jawatankuasa (Pasir Gudang) | Hj Nasuha bin Paiman |
17 | Ahli Jawatankuasa (Kluang) | Hj Rozali bin Jemali |
Sunday, October 9, 2011
Tahniah YDP dan Exco Baru MPSMJ 2011-2013
MPSMJ mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Idris Ahmad kerana dipilih menerajui MPSM Cawangan Johor sebagai Yang Dipertua bagi penggal 2011-2013 dalam mesyuarat agung MPSMJ kali ke-50 yang telah diadakan pada 29 SEPT 2011 yang lalu sempena Persidangan Pengurusan Pendidikan PengetuaNegeri Johor Kali ke 50 di Hotel New York Johor Baharu.
Turut dipilih ialah Tuan Haji Sharudin bin Saari sebagai Naib Yang Dipertua dan Haji Nasuha bin Paiman sebagai Bendahari.
Semoga barisan kepimpinan pada kali ini akan dapat mengemudi MPSM ke tahap cemerlang dan gemilang.
Turut dipilih ialah Tuan Haji Sharudin bin Saari sebagai Naib Yang Dipertua dan Haji Nasuha bin Paiman sebagai Bendahari.
Semoga barisan kepimpinan pada kali ini akan dapat mengemudi MPSM ke tahap cemerlang dan gemilang.
Terima kasih kepada Jawatankuasa MPSMJ 2009-2011
MPSMJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua MPSMJ Tuan Haji Ayob bin Jantan dan exco MPSMJ sesi 2009-2011 yang telah memberi sumbangan besar untuk seluruh ahli MPSMJ selama penggal perkhidmatan mereka dalam jawatankuasa ini.
Exco MPSMJ 2009-2011. Duduk dari kiri : Pn Sallina Hussain, Pn Hjh Azizah Md Zaki, Hj Idris Ahmad, Hj Ayob bin Jantan (Yang Dipertua), En. Azman Adnan, Hj Nasuha bin paiman, Hjh Zalaha Md Said
Berdiri dari kiri : En. Md Din Hussain, Hj Aminuddin Mohd Sani, Hj Samian Sawiyo, Hj Rozali Jemali, En Chua Chong Hoi, En. Mastura Aladin Masro, Hj Mohamad Mahadi dan En. Abd Rashid Sulaiman.
Tiada dalam gambar Haji Hassan bin Topit.
Exco MPSMJ 2009-2011. Duduk dari kiri : Pn Sallina Hussain, Pn Hjh Azizah Md Zaki, Hj Idris Ahmad, Hj Ayob bin Jantan (Yang Dipertua), En. Azman Adnan, Hj Nasuha bin paiman, Hjh Zalaha Md Said
Berdiri dari kiri : En. Md Din Hussain, Hj Aminuddin Mohd Sani, Hj Samian Sawiyo, Hj Rozali Jemali, En Chua Chong Hoi, En. Mastura Aladin Masro, Hj Mohamad Mahadi dan En. Abd Rashid Sulaiman.
Tiada dalam gambar Haji Hassan bin Topit.
Majlis Persaraan Hjh Azizah Md Zaki
MPSMJ mengucapkan selamat bersara kepada hjh Azizah Md Zaki, Exco MPSMJ 2009-2011 yang juga Pengetua SMK Taman Daya. Semoga sumbangan beliau sebagai pendidik selama lebih 3 dasawarsa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan Allah jua.
Jawatankuasa MPSMJ diketuai oleh Yang Dipertuanya, Tuan Haji Idris Ahmad berpeluang hadir dalam majlis persaraan beliau pada Ahad, 9 OKTOBER 2011 di Sanggar Pelangi Johor Bahru.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, pengetua-pengetua, guru besar, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah Hjh Azizah pernah berkhidmat.
Tuesday, September 27, 2011
Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5
MPSMJ mengucapkan tahniah kepada 6 orang pengetua berikut kerana sekolah masing-masing telah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5 yang telah diadakan pada 27 SEPTEMBER 2011 di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya Selangor. Semoga mereka terus cemerlang dengan kebitaraan masing-masing dan diharapkan lebih ramai sekolah ahli-ahli kita yang dapat menerima anugerah berprestij ini.
1. En. Azman bin Adnan - SMK Bandar Putra, Kulaijaya
2. Haji Hassan bin Topit - SM Sains Kota Tinggi
3. Hjh. Remy Kardi - SMK (P) Temenggung Ibrahim Batu pahat
4. Haji Abu Osman - SM Sains Iskandar Mersing
5. Haji Sulaiman - SMK Mohd Khalid Johor Baharu
6. En. Omar Salleh - SM Mahaad Muar
1. En. Azman bin Adnan - SMK Bandar Putra, Kulaijaya
2. Haji Hassan bin Topit - SM Sains Kota Tinggi
3. Hjh. Remy Kardi - SMK (P) Temenggung Ibrahim Batu pahat
4. Haji Abu Osman - SM Sains Iskandar Mersing
5. Haji Sulaiman - SMK Mohd Khalid Johor Baharu
6. En. Omar Salleh - SM Mahaad Muar
Subscribe to:
Comments (Atom)












