Friday, April 22, 2011

Selamat Bersara Tuan Haji Markom bin Giran

MPSM mengucapkan selamat bersara kepada pemimpin yang kita sayangi, Tuan Haji Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor yang telah menamatkan perkhidmatan wajibnya mulanya 20 APRIL 2011. Sepanjang menerajui JPNJ beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam menambahbaik pencapaian pendidikan negeri Johor secara keseluruhannya. Beliau juga sentiasa memberikan panduan dan bimbingan kepada MPSMJ dalam menjalankan fungsi-fungsinya dalam membantu Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Beliau telah diraikan dalam satu majlis penuh meriah oleh warga pendidikan Johor pada 19 APRIL yang lalu bertempat di Hotel Paragon, Johor Bahru. 

Dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh warga pendidikan Johor yang telah memberikan sokongan padu menjayakan prorgram dan agenda pendidikan di negeri Johor sepanjang beliau menjadi Pengarah Pelajaran Johor. Beliau mengharapkan sokongan ini terus diberikan kepada pengganti beliau demi kemajuan dan kecemerlangan pendidikan negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Md Hasidin Haji Zaini, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, ketua-ketua sektor, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah, pengetua dan guru besar negeri Johor. MPSM diwakili oleh Tuan haji Ayob bin Jantan selaku Yang Dipertua dan 50 ahli MPSM dari seluruh daerah negeri Johor.

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI MARKOM BIN GIRAN.









 










Tuesday, April 19, 2011

PENULISAN ARTIKEL JURNAL PENDIDIKAN DAN KAJIAN TINDAKAN EDISI 2011


SUMBANGAN ARTIKEL JURNAL PENDIDIKAN MPSM JOHOR EDISI 2011
DAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN EDISI 2011


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor akan menerbitkan 2 jurnal seperti disebut di atas sempena Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Negeri Johor Kali Ke-50 pada tahun ini.

2. Sehubungan itu MPSM Cawangan Johor mempelawa semua ahli MPSM Johor untuk menyumbangkan artikel untuk dimuatkan dalam jurnal berkenaan. Semua Yang Dipertua MPSM daerah dipohon untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua ahli di daerah masing-masing dan tarikh tutup penghantaran artikel sebelum atau pada 25 MEI 2011.

3. Bersama-sama ini disertakan lampiran berkaitan maklumat artikel jurnal berkenaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan, terima kasih.

                               MAKLUMAT UNTUK PENYUMBANG-PENYUMBANG
                            ARTIKEL JURNAL PENDIDIKAN MPSM JOHOR EDISI 2011


1. Sumbangan
Tiap-tiap sumbangan boleh diberikan dalam mana-mana bentuk berikut :
(a) Artikel/rencana
(b) Laporan kajian/tinjauan
Bahan-bahan tersebut mestilah yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Sila hantar satu salinan bercetak (hardcopy) berserta dengan salinan dalam disket/CD (softcopy) kepada urus setia Jurnal.

2. Manusksrip
Setiap sumbangan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan hendaklah tidak melebihi 4,000 patah perkataan. Manuskrip juga hendaklah ditaip dalam langkau 1 baris menggunakan bentuk huruf arial (10 point) dan ruangan tepi 1 ½ inci pada semua halaman kertas.

3. Abstrak
Setiap manuskrip hendaklah disertakan dengan satu abstrak yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan dan hendaklah ditaip dalam halaman yang berasingan.

4. Penilaian dan Pemilihan Sumbangan
Dalam pemilihan sumbangan, keutamaan akan diberikan kepada penulisan yang berkaitan pengurusan dan kepimpinan pendidikan dan mengandungi ciri-ciri yang boleh diperkayakan, membantu serta memperkukuhkan lagi profesionalisme para pentadbir pendidikan dan guru-guru.

5. Pengenalan Penulis
Sumbangan penulisan hanya dibuka kepada Pengetua sekolah menengah negeri Johor sahaja. Sila sertakan pengenalan penulis atau biodata penulis berserta sekeping gambar berukuran passport bagi setiap sumbangan anda. Sila gunakan halaman berasingan.

6. Petikan-Petikan
Rujukan yang dipetik dari sebarang karya hendaklah merangkumi nama akhir penulis, tahun cetak serta muka surat. Contohnya, (Richards, 1999:219)

7. Rujukan
Bibliografi yang lengkap mestilah ditaip di bawah tajuk “Rujukan” dan disusun mengikut urutan huruf nama penulis.

8. Polisi Editorial
Pihak editorial berhak untuk meringkaskan atau mengedit manuskrip yang diterima untuk kesesuaian penjelasan dan gaya. Pihak pengarang juga berhak menolak mana-mana manuskrip yang difikirkan tidak sesuai. Manuskrip yang dihantar kepada pengarang tidak akan dikembalikan.


9. Tema Jurnal dan Tarikh Tutup
(a) Tema jurnal edisi 2011 ialah “Pengetua Berkualiti Penjana Transformasi
Pendidikan Negara”
(b) Tarikh tutup penerimaan pada : 25 MEI 2011

10. Sila alamatkan sumbangan artikel anda iaitu
(a) Sesalinan artikel bercetak
(b) Soft copy yang mengandungi artikel dan biodata penulis beserta gambar
ukuran passport kepada :
Urus setia Jurnal PKPSM
d/a SMK Bandar Putra
Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya
Atau
Email (b) kepada pkpsmjohor@gmail.com atau azifa2020@yahoo.com


MAKLUMAT UNTUK PENYUMBANG-PENYUMBANG
ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN MPSM JOHOR EDISI 2011



1. Tiap-tiap sumbangan adalah dalam bentuk laporan kajian tindakan. Bahan-bahan tersebut mestilah yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Sila hantar satu salinan bercetak (hardcopy) berserta dengan salinan dalam disket/CD (softcopy) kepada urus setia Jurnal. Artikel berkaitan hendaklah sekurang-kurang mengandungi maklumat di bawah :
(a) Abstrak
(b) Refleksi Situasi Lalu
(c) Fokus Kajian
(d) Objektif Kajian
(e) Kumpulan Sasaran
(f) Pelaksanaan Tindakan
- Tinjauan Masalah
- Analisis Tinjauan Masalah
- Tindakan yang dijalankan
- Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
- Refleksi Kajian
(g) Cadangan Kajian Seterusnya
(h) Bibliografi

2. Setiap sumbangan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan ditaip dalam langkau 1 baris menggunakan bentuk huruf arial (10 point) dan ruangan tepi 1 ½ inci pada semua halaman kertas.

3. Setiap manuskrip hendaklah disertakan dengan satu abstrak yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan dan hendaklah ditaip dalam halaman yang berasingan.

4. Sumbangan penulisan hanya dibuka kepada Pengetua sekolah menengah negeri Johor sahaja. Sila sertakan pengenalan penulis atau biodata penulis berserta sekeping gambar berukuran passport bagi setiap sumbangan anda. Sila gunakan halaman berasingan.

5. Bibliografi yang lengkap mestilah ditaip di bawah tajuk “Bibliografi” dan disusun mengikut urutan huruf nama penulis.

6. Pihak editorial berhak untuk meringkaskan atau mengedit manuskrip yang diterima untuk kesesuaian penjelasan dan gaya. Pihak pengarang juga berhak menolak mana-mana manuskrip yang difikirkan tidak sesuai. Manuskrip yang dihantar kepada pengarang tidak akan dikembalikan.

7. Tarikh tutup penerimaan pada : 25 MEI 2011

8. Sila alamatkan sumbangan artikel anda iaitu
(a) Sesalinan artikel bercetak
(b) Soft copy yang mengandungi artikel dan biodata penulis beserta gambar ukuran passport kepada :

Urus setia Jurnal Kajian Tindakan MPSM Johor
d/a SMK Tanjung Datuk
Pengerang, Johor

Atau

Email (b) kepada mohamadmahadi_08@yahoo.com sebelum atau pada 25 MEI 2011.

Saturday, March 5, 2011

Persidangan Pengurusan Pendidikan MPSMJ Ke-50 & Mesyuarat Agong MPSM

Kepada semua YDP MPSM Daerah,

SENARAI NAMA WAKIL MPSM DAERAH KE PERSIDANGAN KEBANGSAAN 2011


Tuan dipohon untuk menghantar senarai nama terkini (mengikut format excel dan telah diemail kepada tuan/puan) berdasarkan bilangan yang diputuskan dalam mesyuarat MPSMJ Kali ke 2/2011 pada 3/3/2011 di SMK Tanjung Datuk tempohari. Senarai terkini hendaklah diemail kepada azifa2020@yahoo.com dengan kadar segera.

Terima kasih.

Pelawaan menghantar sumbangan artikel Jurnal Pendidikan & Jurnal Kajian Tindakan 2011

Kepada semua YDP MPSM Daerah,
semua ahli MPSMJ,

PENULISAN JURNAL PENDIDIKAN EDISI 2011
DAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN EDISI 2011


Semua ahli adalah dipelawa untuk menyumbangkan hasil penulisan bagi kedua-dua jurnal yang akan diterbitkan oleh MPSM Johor sempena Persidangan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Johor pada tahun 2011.

Semua hasil penulisan bagi Jurnal Pendidikan Edisi 2011 hendaklah dihantar kepada Urusetia Jurnal Pendidikan di alamat SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra 81000 Kulaijaya atau email pkpsmjohor@gmail.com manakala penulisan Jurnal Kajian Tindakan dihantar kepada Urusetia Jurnal Kajian Tindakan di alamat SMK Tanjung Datuk, Pengerang Johor atau email mohamadmahadi_08@yahoo.com sebelum atau pada 15 MEI 2011.

Bersama-sama ini disertakan maklumat berkaitan penulisan jurnal berkenaan.

Terima kasih.

Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia

Jemputan Membentangkan Kertas Kerja





Semua ahli MPSMJ dipelawa untuk membentang kertas kerja dalam Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-7.

Tarikh : 2 - 5 MEI 2011
Tempat : IAB Kampus Utara


Kepada yang berminat sila hubungi Pn Noriza bt Mohamed Nasir (019-5586652) atau email norizam@iab-edu.my.

Harap maklum.

Inisiatif Pengetua Dalam Menentukan Kejayaan Organisasi Sekolah

Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dimensi Kepimpinan Pengetua Mewujudkan Sekolah yang Berdayasaing

Saturday, January 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA



MPSMJ mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli MPSMJ, guru-guru dan pelajar-pelajar dari kaum Cina. Semoga perayaan kali ini akan dapat diraikan dengan penuh kemeriahan bersama keluarga, sahabat handai dan rakan taulan di samping merapatkan lagi silaturrahim di kalangan pelbagai kaum di negara kita.

Daripada,

Yang Dipertua dan ahli jawatankuasa MPSM Johor
30/1/2011

Saturday, January 22, 2011

Pelancaran B-GUN



Tidak pernah persoal kesetiaan guru - Ucapan TPM Dalam Pelancaran B-GUN

PAGOH 22 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan golongan guru kepada negara.

Katanya, sebagai pemimpin di peringkat sekolah, mereka perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

"Kita tidak akan mempersoalkan kesetiaan guru-guru. Selain setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan terutama kepada kerajaan sedia ada.

"Sebabnya guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi dan menjadi pemimpin dalam masyarakat. Maka, kita mahu supaya sikap untuk bersama dengan kerajaan selalu ada," katanya semasa merasmikan Program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat negeri di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran.

B-GUN merupakan program bersepadu yang dirancang bagi mengangkat martabat guru untuk membangkitkan profesionalisme, jati diri dan peranan guru bagi merealisasikan aspirasi kerajaan.

Ia juga program bersepadu yang terancang bagi mengangkat martabat guru sebagai pengamal pembelajaran berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam menjayakan bidang pendidikan, guru mesti sentiasa bertanggungjawab memastikan semua perancangan dalam NKRA berkenaan berjaya dicapai.

Beliau memberitahu, kanak-kanak yang berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi (linus) pada tahun lalu bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

"Usaha kerajaan sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Walaupun baru setahun ia dilaksanakan tetapi berjaya mencatatkan kejayaan hampir mencapai 100 peratus," katanya.

Menurutnya, meskipun pada peringkat awal pelaksanaan berlaku sedikit masalah di kalangan guru dan ibu bapa, namun ia tetap dapat dilaksanakan dan menampakkan hasil yang amat baik.

"Pada peringkat awal pelaksanaan program linus, ramai ibu bapa yang tidak memahami program ini dan risau. Tetapi, sekarang kita menerima maklum balas yang baik dengan ada yang mengatakan anak-anak mereka sudah pandai membaca," katanya.





Monday, January 10, 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

Soal Selidik Penilaian Kompetensi Menggantikan PTK


Kepada semua penjawat awam termasuk pengetua/guru yang berminat untuk memberikan pandangan berkaitan penilaian kompetensi kepada penjawat awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah dimansuhkan boleh melengkapkan borang selidik dalam portal jabatan Perkhidmatan Awam berikut. Sila klik di bawah :

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN KOMPETENSI