Sunday, April 15, 2012

Sunday, April 8, 2012

Maklum Balas Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia

Semua ahli MPSM Johor dijemput memberikan idea, pandangan , input untuk menyediakan Memorandum Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia untuk disampaikan kepada Project Management Office (PMO) dalam Sesi Perbincangan dan Maklum Balas kajian semula Sistem Pendidikan yang akan menjadi salah satu slot dalam persidangan berkenaan.

Antara maklum balas yang yang diperlukan adalah berkaitan 9 bidang yang disenaraikan di bawah :
1. Guru : Kualiti dan Praktis
2. Kualiti Sekolah
3. Kepimpinan Sekolah
4. Kurikulum dan Pentaksiran
5. Peranan ibu bapa, komuniti dan swasta
6. Peluang pendidikan selepas menengah
7. Penguasaan pelbagai bahasa
8. Sistem penyampaian
9. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan sumber

Diharapkan ahli-ahli dapat mengambil peluang ini untuk menyampaikan pandangan dan
cadangan berkaitan isu-isu pendidikan sebagai input untuk Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 10 tahun akan datang.

Semua pandangan boleh dihantar dalam bentuk bertulis dan diemailkan kepada
En. Shamsudin Haron (Pen. Setiausaha Kehormat) di alamat shamsuddinharon@yahoo.com
sebelum 11/4/2012.

Sekian untuk makluman dan tindakan bersama.

AZMAN ADNAN
Setiausaha Kehormat
MPSM Johor

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Malaysia Ke-51


Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-51 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh          :  11 - 14 APRIL 2012
Masa           :   Pendaftaran 2.00 - 4.30 petang (11 APRIL 2012)
Tempat        :   Hotel Zenith, Kuantan Pahang
Perasmian    :   12 APRIL 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pernutup      :   14 APRIL 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Semua pengetua negeri Johor adalah dijemput hadir.  Tuan/puan boleh memuat turun dokumen
berikut untuk rujukan tuan/puan :

1.  Surat jemputan daripada Jabatan Pelajaran Johor (download 1 dan 2)
2.  Surat jemputan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (surat 1 dan surat 2)
3.  Jadual Atur Cara Persidangan (download)
4.  Jadual Pergerakan Bas (download)
5.  Borang Tuntutan Perjalanan (TNT) Persidangan (download)
6. Senarai peserta Johor Ke Persidangan dan pasangan bilik (download)

Sebarang pertanyaan berkaitan persidangan boleh dirujuk kepada En. Azman Adnan,
Setiausaha Kehormat MPSMJ di talian 019-7702900 atau menghubungi Yang Dipertua
MPSM daerah masing-masing.

Mesyuarat Penyelarasan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


Mesyuarat penyelarasan penggubalan dan penyerahan item peperiksaan peperiksaan pertengahan tahun 2012 telah diadakan pada 3 APRIL 2012 yang dihadiri oleh semua AJK MPSMJ dan YDP MPSM Daerah negeri Johor. Majlis Turut dihadiri oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sekolah boleh memuat turun  :

1. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3, 5 dan 6 [download]

Akhirnya Pelarasan Gaji SSM Terjawab........

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.


Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan. Prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54). Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Muat turun :


1. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2012 - Kenaikan Gaji Perkhidmatan Awam
    [download]

Slaid Kenaikan Gaji SSM (download)