Thursday, November 3, 2011

Kenyataan MPSM Johor Berkaitan Isu PPSMI


KENYATAAN RASMI MPSM JOHOR
BERKAITAN ISU PIHAK TERTENTU YANG MAHU KERAJAAN
MEMBERI PILIHAN PPSMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN 
DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor membantah keras cadangan, pandangan dan tuntutan pihak-pihak tertentu  kebelakangan ini yang mahukan kerajaan melaksanakan semula atau memberi pilihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Ingeris (PPSMI)  di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

MPSM Cawangan Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor konsisten menyokong penuh keputusan kerajaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI secara soft landing berdasarkan pelbagai pandangan dan dapatan kajian menyeluruh berkaitan impak dan keberkesanan PPSMI sebelum ini. 
Kerajaan juga hendaklah sentiasa  tegas dan tekal dengan keputusan pemansuhan ini demi kebaikan pendidikan di Malaysia keseluruhannya dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu PPSMI ini kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Semua pihak seharusnya menerima keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini dan memberi kerjasama untuk menyokong tumpuan guru-guru terhadap meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris tanpa sebarang ganguan. Sebarang perubahan yang sentiasa berlaku terhadap pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini tanpa mengambil kira kepentingan jangka panjang hanya akan menyukarkan anak-anak didik di sekolah. Fenomena ini juga seolah-olah membelakangkan guru sebagai penjawat awam yang  menjadi pelaksana di peringkat operasional  malah membelakangkan  hak majoriti murid dan ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar semata-mata untuk memenuhi tuntutan segelintir golongan yang mahu pelaksanaannya dikekalkan.

MPSM Johor juga menyeru agar isu ini tidak terus dipolitikkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu  sahaja  termasuk desakan meminta kerajaan menyediakan opsyen di sekolah yang kesannya akan menjejaskan tumpuan murid, ibu bapa dan guru dalam meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid-murid di semua sekolah.

Sehubungan itu MPSM Johor dan MPSM daerah-daerah negeri Johor  menyokong penuh usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui   pelaksanaan  dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan  Memperkukuhkan  Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai  ganti kepada PPSMI yang  diharapkan dapat memacu kualiti pendidikan di negara ini ke tahap lebih gemilang.

HAJI IDRIS BIN AHMAD
Yang Dipertua
MPSM Cawangan Johor
3 NOVEMBER 2011.

Selamat Bersara Tuan Haji Ayob Jantan

MPSMJ mengucapkan selamat bersara kepada mantan Yang Dipertua MPSM Johor, Tuan Haji Ayob bin Jantan yang telah bersara wajib mulai 30 OKTOBER 2011. Jawatankuasa MPSMJ diketuai oleh Tuan Haji Idris Ahmad telah membuat kunjungan hormat terhadap beliau pada 28 OKTOBER 2011 di SMK Seri Kenangan Segamat dan 3 orang wakil MPSMJ iaitu En. Azman Adnan, Haji Nsuha Paiman dan Haji Mohamad Mahadi menghadiri majlis meraikan persaraan beliau yang telah diadakan pada 31 OKTOBER 2011 di Dewan SMK Seri Kenangan Segamat.

Semoga beliau akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat terus memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Jawatankuasa MPSM Johor 2011-2013

BIL
JAWATAN
NAMA
1
Yang Dipertua
Haji Idris bin Ahmad
2
Naib Yang Dipertua
Haji Sharudin bin Saari
3
Setiausaha Kehormat
En. Azman bin Adnan
4
Pen. Setiausaha
Kehormat
En. Shamsuddin bin
Haron
5
Bendahari
Haji Nasuha bin Paiman
6
Ahli Jawatankuasa
Haji Mohamad bin
Mahadi
7
Ahli Jawatankuasa
Hjh Nor Ezah bt
Mohamad
8
Ahli Jawatankuasa
(Muar)
Hj Samian bin Sawiyo
9
Ahli Jawatankuasa
(Batu Pahat)
En. Abd Rashid bin
Sulaiman
10
Ahli Jawatankuasa
(Johor Bahru)
Pn. Sallina bt Hussain
11
Ahli Jawatankuasa
(Kulaijaya)
Haji Aminuddin bin Mohd Sani
12
Ahli Jawatankuasa
(Segamat)
Hjh Zalaha bt Md Said
13
Ahli Jawatankuasa
(Pontian)
En. Mastura Alladin
bin Masro
14
Ahli Jawatankuasa
(Kota Tinggi)
En. Md Din bin Husain
15
Ahli Jawatankuasa
(Mersing)
Hjh Azizah bt Abdullah
16
Ahli Jawatankuasa
(Pasir Gudang)
Hj Nasuha bin Paiman
17
Ahli Jawatankuasa
(Kluang)
Hj Rozali bin Jemali